Blogger Backgrounds

Monday 6 August 2012

Kas!H seOrang bApA kepADa se0raNG aNak


Kasih dan pengorbanan seorang bapa kepada anak nya tidak terkira dan tidak ternilai harganya
Sama juga kasih dan pengorbanan sorang ibu kepada anak nya.
hari ini, Ain cuma nak berkongsi cerita apa yang terjadi semalam.

Semalam (06/08/2012) cuti umum untuk Nuzul Al-quran bagi negeri Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu
tp apakan daya Kuala Lumpur tidak tersenarai dalam list utk cuti umum Nuzul Al-quran itu, 
Ain pun apa lagi apply lah cuti sebab en suami cuti.
Di sebabkan semalam cuti Ain pergi ke Kenanga Mall utk mencari barang yang dipesan oleh seseorang.
sampai je kat sana, kepala tiba2 terasa pening sebab terlalu banyak kedai sampai tak tahu nak masuk kedai yang mana satu.

Dalam sibuk mencari kedai tu, tiba2 dapat pangilan daripada Abah
"adk dekat mana? tolong masuk kan duit kat akaun kawan abah boleh?"
erm, tanpa banyak soalan no acc, dan nama pun abah bagi,
"adk masuk kan duit dlm masa 1 jam tau, kwn abah nk guna duit sgt nie"
tanpa membantah Ain pun ia kan lah apa yang Abah kata kan tadi
(padahal dlm hati, nk buat apa pulak duit ini, kawan yang mana ea, tak pernah pun kenal, dgn penuh keraguan, tp tak apa lah balik nanti, boleh tnya).

Sampai dekat rumah abah tak ada, last jumpa abah waktu berbuka,
Ain -kwn yg mana Abah bagi duit tu?
Abah - Abah br kenal org nie 
Ain -  Abah baru kenal dah bagi org pinjam duit? Boleh percaya ke?
Abah - Abah baru kenal 2 hari yang waktu melawat tapak.
Ain -  dlm hati sabar je laa dgn Abah ni tau
Abah - td kwn abah tu call, nak pinjam duit sebab nak hantar anak pergi masuk belajar, lagi pun dia betul2 tengah susah tu, kalau tak susah mesti dia tak menangis waktu bercerita dgn abah mengenai kesusahan dia tu kan?
Ain - cuma mendiam kan diri tanpa berkata apa2 tp dlm hati
(ya allah, smpi mcm ni sekali dia nak membesarkan anak dia, tiba2 sebak mcm mana lah dulu Abah cari duit utk ku kan)

Tiba2 terasa nak menangis, bila terkenang balik
pengorbanan Abah utk membesarkan ku selama ini dengan pelbagai kerenah
adakah abah, pernah mengalami masalah yg sma?
cuma Allah je yang tahu...

*terima kasih Abah kerana membesarkan adk selama ni dgn penuh kasih sayang dan kemewahan yang telah Abah berikan selama membesarkan adk. pengorbanan yg Abah lakukan selama ni tidak ternilai dan tidak mampu adk membalas. SAYANG ABAH ;))

0 comments: